Thursday, 3 November 2011

Cinta Kampus

BAB 1
Dunia Baru

Firsttime masuk universti,Fakrul berazam nk belajar bersungguh-sungguh.Dia ingin mengejar impiannya sejak dari kecil.Dia ingin menjadi seorang Interior Designer yang berjaya.Fakrul mendapat bilik di tingkat atas sekali.Ketika itu hanya dia dan keluaganya dalam bilik itu.Fakrul menyimpan semua barangnya di dalam almari dan mula mengemas bilik itu.Hampir 1 jam kemudian,rakan sebiliknya tiba bersama keluaganya.Kami bergotong royong mengemas bilik itu.Setelah selesai kami berehat dan berbual-bual sambil memperkenalkan diri masing-masing.Fakrul mendapat rakan sebilik yang berlainan kursus.Nazrin yang berasal dari Kuala Lumpur mengambil kursus Ukur Bangunan,Izuddin yang berasal dari Johor pula mengambil kursus Sains Ukur Goematik,manakal Iqbal pula berasal dari Pahang mengambil kursus Perancangan Bandar Dan Wilayah.
Selepas tamat minggu orintasi maka bermulalah kehidupan Fakrul sebagai pelajar di IPTA.Fakrul sesat mencari kelasnya pada waktu kuliah yang pertama.Hampir 1 jam dia mencari kelas sehinggalah dia berjumpa dua orang pelajar yang merupakan rakan sekelasnya di tangga.Mereka sama-sama mencari kelas tersebut.Akhirnya mereka jumpa kelas tersebut di atas pertolongan senior di situ.Dan ketika itu lah pertama kali Fakrul berjumpa si dia.Fakrul mula tertarik pabila melihat matanya.Semasa memperkenalkan diri mata Fakrul hanya tertumpu padanya.Sampai giliran si gadis tersebut memperkenalkan diri Fakrul mula menumpukan sepenuh perhatian.Ketika itu baru lah dia tahu siapa nama gadis tersebut.Nama gadis tersebut ialah Atma.Pabila sampai giliran Fakrul memperkenalkan dia terdiam,dia berasa takut untuk bercakap.Namun Fakrul berusaha melawan perasaan takutnya.Fakrul bertambah bersemangat pabila Atma melihatnya.

“Nama saya Mohd Fakrul Bin Mohd Fikri berasal dari Sepang,Selangor.Mempunyai 5 orang adik-baradik.Saya anak yang 4.Hobi saya melukis dan anda semua boleh memanggil saya Fakrul.”kata Fakrul dengan yakinnya.

Selepas tamat kelas Fakrul terus balik ke biliknya dan berehat kerana dia sudah tiada kelas untuk hari ini.Fakrul tertanya-tanya dalam dirinya”dia perasan ke aku tenung dia tadi..habis aku nanti dia ingat aku nak try dia pulak”kata Fakrul di dalam hati.Fakrul baring di katilnya sambil menuggu rakan sebiliknya pulang untuk makan bersama.Selepas makan Fakrul melawat rakan-rakan di bilik sebelah.Mereka sangat mesra orangnya.Pada sebelah petang Rizal rakan dari bilik sebelah mengajaknya jogging.”wei jom jogging kat dalam kampus ni.Mana tahu boleh jumpa awek cantik-cantik”,kata Rizal.”Ok”,balas Fakrul sambil ketawa kecil.Semasa berjogging Fakrul terlihat Atma berjogging dari arah bertentangan.Atma tersenyum padanya pabila terlihat Fakrul bersama rakan-rakannya.”Bro,kau kenal ke awek tu?dari tadi kau asyik tengok dia je”,Tanya Nazrin.”Kenal.Dia budak kelas aku.”.balas Fakrul ringkas.Selepas penat berjogging mereka semua berehat di bangku di tepi padang.”hai,dah habis jogging?”,kata Atma.Fakrul dan rakan-rakannya terkejut.”Dah.”,balas Fakrul ringkas.”Ok lah saya balik dulu ye,jumpa esok.bye.”,kata Atma lalu melemparkan senyuman pada Fakrul dan melambaikan tangannya..Fakrul tidak berkata apa-apa.Dia hanya melambaikan tangan sahaja.

Hari kedua kuliah bermula.Fakrul tidak sabar untuk ke kelas.Dia bangun seawal 5.30 pagi kerana ingin memastikan dia tidak lewat lagi ke kelas.Fakrul tiba awal di kelas.Namun tiada seorang pun yang kelihatan di kelas itu.Fakrul menunggu rakan sekelasnya di hadapan kelas.Selang beberapa minit rakan-rakan sekelasnya sampai.Semua sudah mengambil tempat masing-masing.Beberapa minit kemudian pensyarah masuk ke dalam kelas.Memandangkan ini kelas pertama pensyarah hanya mengenalkan nama dan memberi tugasan pada mereka.Selepas itu kelas tamat.Dalam tugasan pertama ini Fakrul dikehendaki bekerja dalam kumpulan.Dia tidak tahu mahu berkumpulan dengan siapa.Atma terlihat Fakrul yang sedang bingung mencari kumpulan yang masih kosong.Akhirnya,Atma bersama rakannya yang lain Shamimi dan Liyana mempelawa Fakrul menyertai kumpulan mereka.Fakrul bersetuju lalu memperkenalkan diri.”Saya Fakrul.”katanya.”Saya Atma ini Mimi dan Yana.”,balas Atma.’Awak tahu apa yang harus kita buat untuk tugasan ini?saya kurang faham dengan penjelasan tadi.”,kata Atma.”Tahu.Senang je kita nak buat tugasan ni.Mula-mula kita kena cari semua maksud perkataan yang diberikan kemudian kita perlu cari gambar mengenainye dan akhir sekali tampal pada board saiz A3.”,terang Fakrul.”Oh begitu.”,balas mereka selepas mendengar penjelasan Fakrul.Lalu Fakrul berasur keluar dari tampat itu.Semasa Dalam perjalanan pulang ke biliknya,tiba-tiba Fakrul terdengar ada orang memanggil namanya.Fakrul segera menoleh lantas terlihat Atma yang memanggilnya.”Apa?”,tanya Fakrul.”jom makan di kafe.”,balas Atma mengajak Fakrul makan di kafe.”Ok.”,balas Fakrul ringkas.Mereka berjalan bersama menuju ke kafe yang terlatak di bawah kelas mereka.Fakrul dan Atma berbual-bual semasa makan.Banyak benda yang di bualkan oleh mereka dari soal pelajaran hingga lah ke soal peribadi.Atma memberitahu Fakrul bahawa dia tidak percaya pada lelaki kerana dia pernah hatinya pernah dilukai oleh kekasihnya sebelum dia sambung belajar.Fakrul menyuruh Atma supaya bersabar pabila meliyat air mata Atma mula mengalir membasahi pipi.Fakrul mengambil tisu dalam begnya dan mengelap air mata Atma.Fakrul menasihati lagi supaya Atma tidak menangis lagi.Atma mengucapkan terima kasih kepada Fakrul atas nasihatnya dan sudi menemannya makan.Selapas makan Fakrul menghantar Atma pulang ke asramanye.Fakrul hanya boleh menghantar sekadar di depan asrama Atma sahaja kerana lelaki dilarang masuk di kawasan situ.Atma mengucapkan terima kasih kepada Fakrul kerana bersusah payah menghantarnya pulang.Atma lalu meninggalkan Fakrul di hadapan asramanya.

Hari ini merupakan hari Sabtu di mana hari yang dinantikan oleh semua pelajar kerana hari Sabtu dan Ahad tiada kuliah.Ramai pelajar keluar bersuka-ria pada hari itu namun Fakrul,Atma,Mimi dan Yana tidak keluar kerana mereka ingin menyiapkan tugasan yang diberikan tempoh hari.Selepas mereka siapkan tugasan itu.Yana mengajak Fakrul,Atma dan Mimi keluar bersiar-siar di Bandar menaiki kereta sewa.Pada mulanya Fakrul tidak mahu ikut tapi selepas Atma memujuknya baru dia ikut.Pada hari Ahad itu,mereka semua keluar berjalan kaki dari kampus menuju ke tempat sewa kereta.Nasib mereka baik kerana masih banyak kereta yang ada.Yana memilih kereta Produa Viva.Semasa Yana memberikan kad pngenalan bersama lessen memandunya Mimi terperasan bahawa Yana 2 Tahun lebih tua dari mereka.Mula dari hari itu mereka semua memanggil Yana sebagai Kak Long.Yana tergelak mendengar nama gelarannya itu.Yana memandu kereta tersebut menuju ke Bandar.Sampai saja di Bandar mereka mula merancang apa yang ingin mereka lakukan.Yana menyuarakan untuk menonton wayang dahulu.Mereka semua pun bersetuju.Mimi dan Yana yang membeli tiket wayang untuk mereka semua.Nasib baik masih ad 4 tempat duduk tetapi berlainan baris.Yana memilih untuk duduk di sebelah Mimi.Mereka berdua seperti sudah merancangkan perkara ini dari awal.Fakrul terpaksalah duduk di sebelah Atma.Semasa hendak masuk ke pawagam baru Fakrul perasan bahwa Yana membeli tiket cerita hantu.Dia mula menunjukkan tiket itu pada Atma dan bertanya padanye.”Awak tak takut ke tengok cerita ni?”tanya Fakrul.”Takut lah jugak tapi takpe kan awak ada kat sebelah saya”.balas Atma.

Semasa dalam pawagam Atma memeluk lengan Fakrul dengan erat kerana takut.Manakala Yana dan Mimi tergelak melihat gelagat Atma memeluk Fakrul seperti budak kecil.Muka Atma merah padam semasa keluar dari pawagam itu.Atma memarahi Yana kerana memilih untuk menonton cerita hantu.Sesungguhnya Atma tidak pernah menonton cerita hantu bersama rakan-rakan.Yana dan Mimi hanya mentertawakannya.Fakrul memujuk Atma supaya tidak marah-marah.Dia mengatakan bahawa dia sentiasa ada ketika Atma memerlukannya.Atma tersenyum malu selepas mendengar kata-kata itu.Mereka berdua berjalan meninggalkan Yana dan Mimi.

4 comments: