BAB 2
Cuti Mid-Sem
Hari ni hari jumaat.Ada kelas drawing.Kelas itu bermula pada pukol 9 pagi tetapi Fakrul masih belum sampai lagi.Atma cuba menelefon Fakrul banyak kali tapi tiada siapa yang jawab.Hati Atma makin tidak keruan.Dia meninggalkan pesanan ringkas pada Fakrul.Dia mengatakan bahawa kelas sudah bermula.20 minit kemudian baru lah Fakrul tiba di kelas dengan nafas yang tercungap-cungap.”Sori Encik Zam.Saya oversleep semalam saya siapkan design untuk projek ID,”jelas Fakrul.”Takpe,takpe.Masuk.Janji kamu datang kelas.”balas Encik Zam.”Terima Kasih encik.”balas Fakrul.
Lalu FAkrul mengambil tempatnya yang berada di sebelah Atma.”Kenapa tak jawab call tadi?”,tanya Atma.” Saya baru bangunlah mase tu.Anyway thanks erk coz kejutkan saya tadi.”jelaz Fukrul.”Sama-sama.Lain kali jangan buat lagi taw.”balas Atma.Selepas tamat kelas Atma mengajak Fakrul dan rakan-rakan yang lain ke Bandar untuk makan di KFC memandangkan kelas BEL120 iaitu kelas Bahasa Inggeris dibatalkan.Mereka semua bersetuju kecuali Rahim ketua kelas mereka atau lebih dikenalli sebagai Abang Long kerana dia kurang sihat.Mereka semua mula mengatur langkah menuju ke Bandar dengan menaikki bas dari dalam kampus selepas selessai Solat Jumaat.Boleh dikatakan hampir semua orang dalam kelas Atma berada dalam bas itu.Apabila tiba di Bandar.Aqilah dan Aida berlari-lari seperti kanak-kanak yang tidak sabar ke KFC walaupun umur mereka sudah 19 tahun.Setibanya mereka tiba di KFC,Atma menyuruh rakan-rakan yang lain masuk dan memesan makanan dahulu manakala Atma mengajak Fakrul ke suatu tempat.”Kita nak ke mana nie?”tanya Fakrul.”Nak beli kek Aida lah kan hari ni hari jadi dia.”balas Atma.”Ohh..ya..awak ada bagitahu saya semalam.”kata Fakrul.
Selepas membeli kek hari jadi Aida mereka kembali semula ke KFC.Aida terharu sangat dengan kejutan yang di buat oleh rakan sekelasnya.Beribu-ribu ucapan terima kasih di ucapkan pada rakan-rakannya.Suasana di KFC itu sangat meriah dengan telatah pelajar-pelajar itu.Habis muka Aida di comotkan dengan kek oleh rakan-rakannya.Semua orang gembira pada masa itu.Mereka semua pulang ke Kampus pada jam 6 petang.Fakrul menemankan Atma sehingga ke asrama Atma.Atma mengatakan bahawa dia sungguh gembira hari ini kerana dia melihat Aida gembira.”Seronokkan kalau ada orang ingat hari jadi kita.Rasa seperti dihargai.”kata Atma.”Memang seronok.”balas Fakrul ringkas.”Kenapa dengan awak ni?macam tak seronok je.”tanya Atma.”Tiada apa-apa lah.Eh,kita dah sampai kat depan asrama awak ni.”kata Fakrul.”Ok lah jumpa esok ye.”kata Atma.”Esok?esokkan cuti.”kata Fakrul kebingungan.”Kan awak cakap nak ajar saya,Mimi,Yana dan Amy AutoCaD.”jelas Atma.”Ohhh...baru saya ingat.Ok jumpa esok.”balas Fakrul.Lalu Atma meninggalkan Fakrul keseorangan di situ.Fakrul pula mula melangkah pulang ke asramanya yang barada tidak jauh dari situ.”Hai baru balik dating ke bang..hahaha”usik Ayen.”Banyak lah kau punya dating.Aku gi sambut birthday classmate aku lah.”jelas Fakrul.
Hari merupakan hari terakhir sebelum pelajar-pelajar mula bercuti.Atma tidak sabar untuk pulang ke rumah kerana dia sangat rindu pada ibunya.Selepas siap berkemas Atma bergegas ke kafe yang berdekatan dengan asrama Fakrul kerana dia menyuruh ibunya menjemputnya di situ.Semasa tiba di kafe Atma di tegur oleh seseorang.”Hai banyak barang.”tegur suara itu.Atma terkejut lalu barang-barangnya terlepas dari tangannya.Dia memaling kearah suara itu.Di dapati Fakrul yang menegurnya lalu dicubit-cubit badan Fakrul itu.”Dah lah tu.Sakitlah.”pinta Fakrul.”Tu lah lain kali usik lah saya lagi.Nasib baik saya tak baling beg ni kat awak.”balas Atma dengan geramnya.”Sori lah wak.Saya gurau je tadi.Awak tunggu sape ni?”tanya Fakrul lalu menolong Atma mengemas barang-barang Atma yang bertaburan.”Saya tunggu ibu saya.Ibu cakap nak jemput saya kat sini.”jelas Atma..”Awak pulak tunggu sape?family jemput ke?”tanya Atma.”tak lah.Saya balik naik bas lah.Saya tengah tunggu Abang Long dia cakap nak balik dengan saya.”jelas Fakrul.”Owh....ha...tu ibu saya dah sampai.”kata Atma.”Takpe biar saya tolong awak angkat barang-barang ni yea.”balas Fakrul.Lalu Aatma berlari mendapatkan ibunya.Ibumya bertanya,”Siapa tu??classmate ke?”.”A’ah.Ibu nie Fakrul classmate Ma.”Assalammualaikum mak cik.Apa khabar?”kata Fakrul sambil bersalaman dengan ibu Atma.”Waalaikummusalam.Baik”balas ibu Atma tersenyum.Setelah selesai meletakkan barang-barang di dalam bonet kereta,Fakrul bersalaman dengan ibu Atma dan meminta diri kerana rakan kelasnya telah sampai.Fakrul dan rakannya hanya melihat Atma dan ibunya meninggalkan kampus itu dari jauh.
Fakrul baru tersedar bahawa dia telah lambat untuk ke stesen bas.Fakrul dan rakannya bergegas ke perhentian bas dalam kampusnya itu untuk ke stesen bas di Bandar.Nasib Fakrul baik kerana bas yang sepatutnya naikki masih ada semasa dia tiba di situ.Selepas bessalaman dangan rakannya Fakrul terus naik bas tersebut dan memulakan perjalanannya ke Kuala Lumpur.Perjalanannya memakan masa selama 3jam.Semasa di dalam bas fakrul sempat menghantar pesanan ringkas pada Atma dan menceritakan apa yang berlaku tadi.Atma tergelak mendengar cerita Fakrul.Sepanjang perjalanan mereka saling mengirim pesanan ringkas.Setibanya Fakrul di Hentian Bas Puduraya,Fakrul menelefon rakan sekolahnya Faiz untuk datang menjemputnya.Mereka singgah makan di kedai makan yg terletak di Pandan Jaya sebelum pulang ke rumah.Fakrul menceritakan pengalamannya berada di kampus.Rakannya Faiz turut berkongsi cerita bersama.Fakrul tiba di rumah tepat pukol 12 malam.Selepas mengucapkan terima kasih,Fakrul terus masuk ke rumah.Fakrul menghantar pesanan ringkas pada Atma menyatakan bahawa dia telah sampai di rumah.Atma bertanya mengapa lambat sampai.Fakrul menjawab dia keluar makan dengan kawan baiknya di kedai sebelum pulang ke rumah.Maka bermulalah cuti pertengahan semester Fakrul dan rakan-rakan sepejuangannya.Fakrul hanya menghabiskan masa di rumah dengan menulis blok dalan membuat lukisan.Fakrul tidak sabar menunggu untuk kembali ke Perak kerana dia ingin menyambut hari jadi Atma yang bakal menjelang pada 7 September ini.Fakrul membelikan coklat dan gula-gula kapas kegemaran Atma.
i like it!!! ^_^
ReplyDelete<3
coklat n gula2 kapas.. so sweet...:)
ReplyDeletesweet ker???dh tu yg dy ske...so bli yg tu je r...
ReplyDelete