CINTA KAMPUS
BAB 3
Selamat Hari Jadi Atma
Cuti mid-sem bagi semua pelajar UiTM hanyalah 1 minggu.Dalam masa cuti ini juga lah Atma dan Fakrul tidak dapat berjumpa.Atma sering menelefon Fakrul bagi menghilangkan rasa bosannyer semasa berada di rumah.Manakala Fakrul pula menghabiskan masa cutinya dengan bekerja untuk mencari wang saku bagi menanggung dirinya sendiri semasa berada di kampus nanti.Walaupun sibuk dengan kerja Fakrul tidak lupa untuk melatih tangannya untuk melukis dan dia juga tidak lupa pada Atma.Banyak lukisan yang telah di hasilkan oleh Fakrul.Hari demi hari berlalu begitu pantas.Sedar tidak sedar lusa Fakrul harus pulang ke kampus kerana kuliahnya akan bermula semula.
Hari ini merupakan hari sabtu.Fakrul hampir terlupa untuk membeli gula-gula kapas untuk Atma.Merata-rata Fakrul mencari gula-gula tersebut tetapi tidak juga jumpa.Namun,Fakrul tetap berusaha untuk gula-gula tersebut.Akhirnya,Fakrul berjaya mencari gula-gula tersebut dengan pertolongan rakan sekolahnya.Fakrul gembira tak terkata.Semasa dalam perjalanan Fakrul menghantar pesanan ringkas kepada Atma.Dia ingin menyatakan bahawa dia sudah berada dalam perjalanan pulang ke kampus.Atma memberi tahu dia juga dalam perjalanan pulang ke kampus.Fakrul tersenyum membacanya.Dia tidak sabar untuk berjumpa Atma dan rakan-rakannya yang lain.Fakrul tiba di kampus lebih kurang jam 11 pagi.Rakan sebiliknya semua sedang menunggu kepulangan Fakrul di bawah asrama.Mereka ingin menolong Fakrul mengangkat barang-barangnya.Sampai saja di bilik Fakrul terus merebahkan badannya di atas tilam.Dia terlalu penat dan letih semasa di dalam perjalanan pilang tadi.Fakrul terlena sebentar.
Fakrul dan rakan-rakan sebiliknya keluar makan di kedai makan yang berada di luar kampus mereka kerana kafe dan dewan makan tutup.Jadi terpaksa lah mereka “bertapak” keluar untuk mencari makanan.Mereka pulang semula ke kampus pada pukol 10 malam kerana pagar akan ditutup pada jam 11 malam.Semasa dalam perjalanan ke biliknya Fakrul sempat menghantar “mesej” pada Atma.Fakrul menyatakan dia tidak sabar untuk ke kelas esok.Atma juga rasa begitu.Mereka saling menghantar dan mengirim pesanan ringkas sehingga lah jam 2 pagi.Mereka ingin tidur lewat kerana kelas mereka bermula pada jam 11 pagi.Keesokkan harinya Fakrul sengaja buat-buat datang lambat ke kelas.Dia ingin melihat riaksi Atma semasa dia tiada di kelas.Mungkin atma akan menelefonnya.Sebenarnya Fakrul telah lama sampai Cuma dia tidak masuk ke kelas,dia berada di kelas sebelah sambil menyaksikan gelagat Atma yang gelisah dan risau akan dirinya.Fakrul tergelak melihat riaksi dan gelagat Atma.Nik sedar akan kehadiran Fakrul di kelas sebelah.Dia terus berbisik pada Atma dan menyatakan bahawa Fakrul sedang berada di kelas sebelah.Atma keluar dari kelas dan buat-buat ingin ke tandas tapi sebaliknya dia ingin ke kelas sebelah untuk mengenakan Fakrul semula.Sampai di kels sebelah,habis badan Fakrul di cubit-cubit oleh Atma.Fakrul menjerit kecil kerana kesakitan.”Awak ni suke buat saya risau.Padan muka awak.”,marah Atma.”Saya saja je nak tengok awak dari jauh mase saya takde.Jangan lah marah.”,kata Fakrul.Selepas beberapa minit berbual mereka masuk ke kelas semula melalui pintu belakang.Mereka segera mengambil tempat duduk mereka.Rasa seperti budak-budak sekolah pulak masuk kelas lambat secara senyap-senyap.Mereka terus mula membuat kerja-kerja yang belum siap.Fakrul masih menahan kesakitan akibat dari cubitan Atma itu.Atma hanya gelak kecil melihat Fakrul.Selepas tamat kelas mereka keluar makan seperti biasa.Fakrul hanya menenung wajah Atma semasa makan sehingga malu Atma di buatnya.”Kenapa awak asyik pandang saya je dari tadi?tak puas ke awak dah tengok saya dari jauh masa dalam kelas tadi??”,perli Atma.”Tak.”balas Fakrul ringkas sambil terus merunung wajah Atma.Atma membiarkan Fakrul merenung dirinya.Selepas menghantar Atma ke asrama Fakrul segera pulang ke bilik dan terus mencapai peralatan lukisan yang berada di dalam kotak peralatan berwarna biru yang merupakan peralatan melukis peribadinya.Manakala kotak peralatan berwarna hijau merupakan peralatan melukis untuk studio.Fakrul memang sengaja mengasingkan peralatan-peralatannya kerana takut tertukar dengan rakan-rakan semasa dikelas.Fakrul menbuka kotak peralatan tersebut dan mengambil “Charcoal Pitt” untuk mula melukis.Fakrul mengambil drawing blok di atas almari dan terus melukis.Dia melukis potret Atma untuk dihadiahkan pada Atma pada hari rabu ini semperna hari jadinya.Fakrul cuba membayangkan riaksi wajah Atma semasa dia melihat potretnya sendiri.Fakrul tersenyum sendirian.Dia cuba sedaya upaya untuk menyiapkan potret tersebut dalam masa satu hari ini.
Pada hari lahir Atma,Fakrul datang awal ke kelas.Atma dan pelik dengan Fakrul hari ni.Selalunya Fakrul datang lambat tapi hari ini tidak.Fakrul memberikan potret yang dilukisnya berserta gula-gula kapas dan coklat.Atma terharu melihat hadiah-hadiah tersebut.Dia mengucapkan terima kasih pada Fakrul.Fakrul juga mengajak Atma keluar ke Bandar untuk belanja Atma makan di Secret Recepi.Atma rasa bahagia sangat pada hari itu.Peristiwa ini tidak akan dapat dia lupakan sepanjang hidupnya.Dia berasa selesa dan selamat semasa bersama Fakrul.
No comments:
Post a Comment