Wednesday, 6 June 2012
Bab 4-Student Baru
Kini Fakrul berada di semester 2 begitu juga Atma dan lain-lain.Di semester 2 Fakrul telah berkenalan dengan seorang pelajar perempuan.Namanya Shazziana.Fakrul memanggilnya Eza.Eza merupakan seorang pelajar 'extand' yang masuk di dalam kelasnya.Rakan2 kelas yang lain tidak suka akan sikap Eza kecuali Fakrul dan Atma.Mereka bertiga sering bersama.Atma dan Eza selalu merujuk kepada Fakrul jika ada apa2 masalah terutamanya dalam subjek 3D.Fakrul agak mahir menggunakan komputer.
Semasa hari lahir Fakrul,dia menyambutnya bersama Eza kerana hari lahir mereka pada bulan yang sama iaitu pada bulan 1.Mereka menyambutnya di bandar.Atma juga turut ikut menyambutnya.Eza sangat gembira pada hari itu.Dia tidak pernah merasa seperti itu.Semakin hari mereka makin rapat.Suatu hari semasa pelancaran projek kedua di minta mereka membuat 1 'booth'.Selepas cuti pertengahan semester kursus rekabentuk dalaman mengadakan lawatan sambil belajar ke Mid Valley di Kuala Lumpur.Eza ingin 1 kumpulan bersama Atma dan Fakrul tetapi mereka sudah mempunyai kumpulan masing2.Eza sedih.Fakrul memberitahu ahli kumpulannya agar membenarkan kumpulan Eza dan Atma mengikuti mereka kerana mereka tidak tahu jalan di Mid Valley.
Ketika di dalam bas Eza duduk bersebelahan Fakrul.Ini membuat Atma berasa cemburu.Fakrul tidak sedar akan perubahan Atma.Atma muram sepanjang lawatan.Fakrul mula perasan selepas mereka makan di perhentian rehat di Tapah.Ketika itu Eza sering mengikut Fakrul ke mana sahaja.Atma hanya memerhatikan mereka.Fakrul meninggalkan Eza sendirian dan menuju ke arah Atma.Dia menanya mengapa Atma tidak seperti biasa.Atma mengatakan tiada apa2.Fakrul membelikan makanan untuk Atma.Selepas itu mereka semua meneruskan perjalana mereka ke Kuala Lumpur.
Tibanya mereka di Mid Valley.Semua memulakan kerja mencari bahan untuk projek mereka.Pensyarah memberi mereka semua masa mencari bahan sehingga pukul 6 ptg.Bermakna mereka mempunyai masa selama 5 jam untk mencari bahan.Fakrul menemuramah beberapa pekerja di kedai2 yang terdapat di Mid Valley.Atma turut membantu Fakrul menemuramah.Selepas mendapat semua bahan mereka semua membeli belah untuk menghabiskan masa yg ada.Borhan membeli pakaian untuk 'presentation' mereka nanti.Tepat pukul 6 mereka bertolak pulak ke kampus.Atma duduk di hadapan Fakrul manakala Eza duduk disebelah Fakrul.Eza terlena di bahu Fakrul semasa dalam pejalanan.Mungkin penat berjalan tadi.Mereka tiba di kampus pada pukul 12 mlm.Fakrul mengejutkan Eza.Fakrul sempat mengambil gambar Eza semasa Eza baru bangun tidur.Eza mencubit2 lengan Fakrul.
Sedar tak sedar mereka hanya tinggal dua bulan saja lagi untuk menghabiskan semester dua.Dan pada masa itu Eza sering tidak hadir ke kelas.Ini membuatkan Fakrul dan Atma risau.Fakrul cuba menghubungi Eza tapi tiada siapa yang angkat.Sehingga lah 1 hari Eza berjmupa dengan Fakrul dia mengatakan dia ingin berhenti belajar.Perkara ini mengejutkan Fakrul.Eza meminta perkara ini dirahsiakan dulu sehingga dia keluar dari kampus ini.
Selepas Eza berhenti.Fakrul tidak tentu arah di buatnya.Fakrul tidak dapat menumpukan perhatian pada final projek.Atma agak kecewa dengan perubahan Fakrul yang mendadak.Atma memarahi Fakrul kerana dia tidak bersungguh2 menyiapkan projek seperti selalu.Atma mula menjauhkan diri dari Fakrul sehingga Fakrul sedar akan salahnya.Fakrul mula sedar dan mula mendengar kata2 Atma.Dia terus menyiapkan projek akhirnya itu.Mereka sumua berjaya siapkan final projek walaupun lambat.
Subscribe to:
Posts (Atom)