Monday, 5 November 2012

Cinta Jarak Jauh Dan Cara Mengatasi Rindu

Bila terasa rindu, apa sahaja yang dibuat semuanya tak kena. Semuanya tidak menjadi. Betul tak? Kalau dah rindu kita akan asyik terbayang-bayangkan si dia. Masa makan kita akan teringatkan dia disamping kita. Waktu tidur pun kita akan terbayangkan akan si dia. Lebih-lebih lagi jika si dia adalah insan yang paling kita sayangi. Rindu bila berjauhan memang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Apatah lagi jika pasangan itu dipisahkan dengan jarak yang jauh. Maklumlah nak berjumpa memang mustahil melainkan kita sanggup mengabaikan tugasan semata-mata untuk melepaskan rindu. Cinta jarak jauh ini banyak dialami oleh mereka yang bekerja atau pelajar yang bercinta dengan pasangan yang bekerja atau belajar berlainan tempat. Atas sebab-sebab ini, mereka terpaksa berkorban demi untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab. Perasaan rindu itu akan lebih menebal sekiranya pasangan itu sudah berkahwin. Lagi-lagi buat mereka yang baru sahaja berkahwin tetapi terpaksa berjauhan kerana urusan kerja ataupun melanjutkan pelajaran di tempat yang lebih jauh. Bila rindu apa yang harus kita lakukan? Adakah cara untuk mengubat rindu? Sebenarnya terdapat cara untuk kita mengubat rindu yang terbuku di dalam hati ini. Berikut adalah cara yang boleh dilakukan untuk mengubat rindu.

Hubungi Orang Yang Dirindui
Tidak dapat dinafikan hanya mendengar suara si dia sudah cukup untuk menggembirakan kita. Secara tak langsung kita akan senyum atau menangis bergantung pada tahap berapa kerinduan tersebut. Selain calling, kita juga boleh SMS, email, BBM, video call atau berutus surat. Dengan cara ini perasaan rindu yang ada dalam hati itu dapat diubati.

Melihat Foto Atau Video Si Dia
Kalau rindu, tataplah gambar atau video yang kita ambil bersama si dia. Perhatikan betul-betul apa yang membuatkan kita tertarik dengannya dan ingati saat manis-manis bersama dengan si dia. Zaman sekarang macam-macam cara kita boleh lihat gambar atau video si dia selain dalam album gambar. Dalam handphone, facebook, blog atau laman social yang lain.

Kunjungi Tempat Yang Pernah Dilewati Bersama
Pergilah ke tempat yang biasa dikunjungi ketika bersama dulu. Ia betul-betul membangkitkan kenangan bersama si dia. Gambarkan dia ada bersama kita. Biarlah orang sekeliling nak cakap kita gila. Pedulikan apa orang lain katakan asalkan rindu yang berbuku dihati dapat diubati.

Memeluk Pakaian Si Dia
Tahu tak bau pakaian yang telah dipakai oleh pasangan kita boleh mengubat kerinduan? Sebab itu bila sahaja ibu yang kehilangan orang yang disayanginya dia akan memeluk dan mencium pakaian untuk melepaskan rindu. Mungkin dengan memeluk dan cium pakaian orang yang kita sayangi itu, kita dapat merasakan si dia hampir dengan kita.

Lakukan Persediaan Untuk Dia
Bila terlalu kemaruk dengan rindu, banyak aktiviti harian tak dapat dilakukan dengan sempurna. Sebab kita hilang fokus. Masak pun tak cukup gula, sapu lantai tak cukup licin, buat kerja semua tak menjadi dan sebagainya. Kita akan jadi tidak keruan kerana sentiasa teringatkan si dia.

Jadi apa kata setkan di fikiran semua aktiviti yang kita lakukan itu semata-mata untuk si dia, orang yang kita rindui. Anggap sahaja kita sedang melakukan persediaan untuk menyambut dia pulang. Mungkin dengan cara ini kita akan jadi lebih bersemangat.

Sebenarnya tidak semua yang kita lakukan seperti diatas ini betul-betul boleh mengubat rindu kita pada si dia. Ikutkan ubat yang betul-betul berkesan untuk mengubat rindu adalah bertemu dengan dia. Hanya itu sahaja yang boleh mengubat rindu. Tetapi jika berjauh batunya jarak dia dengan kita, adalah mustahil untuk kita bertemu dengannya jika kita rindu. Sedikit sebanyak dengan apa yang kita lakukan seperti diatas boleh mengurangkan rindu kita pada si dia.

Wednesday, 24 October 2012

Bab 5

Selepas menyiapkan final project Fakrul terus berusaha mencari Eza tetapi nasib tiak menyebelahi Fakrul.Dia tidak jumpa akan Eza.Semasa cuti semesta Fakrul bekerja di restoran fast food di Jalan Petaling.Dia cuba melupakan Eza dari ingatannya tapi tidak berjaya.Dy sering cuba untung menghubungi Eza tapi tidak dapat.Setibanya hari keputusan peperiksaan keluar.Atma seperti biase menjadi orang pertama yang menghubungi Fakrul.Dia ingin tahu gred keputusan Fakrul.Fakrul menberi tahu gred keputusannya dan terus meletakkan talefon.Atma terkejut dengan perbuatan aneh Fakrul.Dia terus menghubungi Fakrul buat kali kedua dan seterusnya tetapi tidak berjaya.Fakrul mendapat gred yang kurang baik dari rakan-rakannya. Naik semesta 3 Atma memarahinay di kelas studio iaitu kelas pertamanya di semesta tersebut.Namun Fakrul hanya berdiam diri.Dia tidak mengatakan apa-apa.Fakrul belajar seperti biasa.Atma masih marah dengan Fakrul.Dalam studio Atma asyik merunung tajam pada Fakrul.Selepas beberapa hari baru lah Fakrul bercerita pada Atma.Dia menceritakan ape yang berlaku pada masa cuti tempoh hari.

Wednesday, 6 June 2012

Bab 4-Student Baru

Kini Fakrul berada di semester 2 begitu juga Atma dan lain-lain.Di semester 2 Fakrul telah berkenalan dengan seorang pelajar perempuan.Namanya Shazziana.Fakrul memanggilnya Eza.Eza merupakan seorang pelajar 'extand' yang masuk di dalam kelasnya.Rakan2 kelas yang lain tidak suka akan sikap Eza kecuali Fakrul dan Atma.Mereka bertiga sering bersama.Atma dan Eza selalu merujuk kepada Fakrul jika ada apa2 masalah terutamanya dalam subjek 3D.Fakrul agak mahir menggunakan komputer. Semasa hari lahir Fakrul,dia menyambutnya bersama Eza kerana hari lahir mereka pada bulan yang sama iaitu pada bulan 1.Mereka menyambutnya di bandar.Atma juga turut ikut menyambutnya.Eza sangat gembira pada hari itu.Dia tidak pernah merasa seperti itu.Semakin hari mereka makin rapat.Suatu hari semasa pelancaran projek kedua di minta mereka membuat 1 'booth'.Selepas cuti pertengahan semester kursus rekabentuk dalaman mengadakan lawatan sambil belajar ke Mid Valley di Kuala Lumpur.Eza ingin 1 kumpulan bersama Atma dan Fakrul tetapi mereka sudah mempunyai kumpulan masing2.Eza sedih.Fakrul memberitahu ahli kumpulannya agar membenarkan kumpulan Eza dan Atma mengikuti mereka kerana mereka tidak tahu jalan di Mid Valley. Ketika di dalam bas Eza duduk bersebelahan Fakrul.Ini membuat Atma berasa cemburu.Fakrul tidak sedar akan perubahan Atma.Atma muram sepanjang lawatan.Fakrul mula perasan selepas mereka makan di perhentian rehat di Tapah.Ketika itu Eza sering mengikut Fakrul ke mana sahaja.Atma hanya memerhatikan mereka.Fakrul meninggalkan Eza sendirian dan menuju ke arah Atma.Dia menanya mengapa Atma tidak seperti biasa.Atma mengatakan tiada apa2.Fakrul membelikan makanan untuk Atma.Selepas itu mereka semua meneruskan perjalana mereka ke Kuala Lumpur. Tibanya mereka di Mid Valley.Semua memulakan kerja mencari bahan untuk projek mereka.Pensyarah memberi mereka semua masa mencari bahan sehingga pukul 6 ptg.Bermakna mereka mempunyai masa selama 5 jam untk mencari bahan.Fakrul menemuramah beberapa pekerja di kedai2 yang terdapat di Mid Valley.Atma turut membantu Fakrul menemuramah.Selepas mendapat semua bahan mereka semua membeli belah untuk menghabiskan masa yg ada.Borhan membeli pakaian untuk 'presentation' mereka nanti.Tepat pukul 6 mereka bertolak pulak ke kampus.Atma duduk di hadapan Fakrul manakala Eza duduk disebelah Fakrul.Eza terlena di bahu Fakrul semasa dalam pejalanan.Mungkin penat berjalan tadi.Mereka tiba di kampus pada pukul 12 mlm.Fakrul mengejutkan Eza.Fakrul sempat mengambil gambar Eza semasa Eza baru bangun tidur.Eza mencubit2 lengan Fakrul. Sedar tak sedar mereka hanya tinggal dua bulan saja lagi untuk menghabiskan semester dua.Dan pada masa itu Eza sering tidak hadir ke kelas.Ini membuatkan Fakrul dan Atma risau.Fakrul cuba menghubungi Eza tapi tiada siapa yang angkat.Sehingga lah 1 hari Eza berjmupa dengan Fakrul dia mengatakan dia ingin berhenti belajar.Perkara ini mengejutkan Fakrul.Eza meminta perkara ini dirahsiakan dulu sehingga dia keluar dari kampus ini. Selepas Eza berhenti.Fakrul tidak tentu arah di buatnya.Fakrul tidak dapat menumpukan perhatian pada final projek.Atma agak kecewa dengan perubahan Fakrul yang mendadak.Atma memarahi Fakrul kerana dia tidak bersungguh2 menyiapkan projek seperti selalu.Atma mula menjauhkan diri dari Fakrul sehingga Fakrul sedar akan salahnya.Fakrul mula sedar dan mula mendengar kata2 Atma.Dia terus menyiapkan projek akhirnya itu.Mereka sumua berjaya siapkan final projek walaupun lambat.

Sunday, 25 March 2012

Untitle

kejadian nie berlaku bln lepas...mse tu aku sibuk dgn final projek...Satu mlm tu aku dpt call dr sorg GIRL ni..die mngadu kt sal family die n die ckp dy nk QUIT dr kos yg die amek skrng...dh puas aku pjuk die spye jgn quit tp die ttp nk guit gak...aku tak th nk ckp ape mse tu..aku terdiam lepas tu...aku dh start mlz nk buat keje...xde smngat aku nk wat keje...fikiran aku tah kemane2 tah mse tu...dua hri lps tu aku amek MC sbb aku kaki aku sakit(jtuh kt toilet)...tah mcm mne tah aku leh jtuh...aku dpt MC 1 minggu...GIRL tu tak th aku MC...die call aku nk mntk tolong teman die g beli barang kt bandar...aku pn turun r walaupn agak susah untuk aku berjalan..sampai kt bastop die tanye aku nape dgn kaki aku...aku ckp tak de pe2...tibe2 die pukol kaki aku..aku menjerit ckp SAKIT AR!!!!...aku pn bgth r kt die prkare yg sebnar...die marah aku nape tak ckp yg aku sakit mse die call td..aku ckp aku nk spend mse dgn die...GIRL tu terus diam...beberape minit pastu bas smapai...

sampai kt bandar kiteorg terus g TESCO sbb aku nk beli test pad...mse kt dlm TESCO aku nmpk die asyik tgok jam wrne purple kt kdai jam tu...aku pn belikan untuk die..die tnye nape aku beli kn untk die..aku ckp r ni mybe last present dr aku..die terus diam...mse aku tgh pilih test pad die ckp tak pyah r beli..die suruh aku gune die pnyer sbb die dh tak guna dah bnde tu pas nie...mule2 aku tak nak tp lepas die mule tarik muke aku trpakse amek gak...die start hepi balik...bnyak gak barang yg die beli...smpai 8 kedai kiteorg masok...aku ckp nk rehat jap so kiteorg pn lepak r kt 1 kedai makan nie tah pe name kedai tu aku lupe...aku tnye die..

AKU :btol ker nk quit nie?
GIRL:btol r...
AKU :kalau tak quit tak boleh ker??

GIRL tu tukar soalan...

GIRL:awk syg sy tak??
AKU :ofcz lah sy syg awk...sbb tu sy tak nak awk quit..kalau awk quit cmne sy nk jmpe awk....
GIRL:kalau awk btol2 syg sy awk kne lepaskn sy pergi...awk snggup tgok sy kene marah dgn lect
hari2...
AKU :(terdiam)
GIRL:sy pn syg kt awk gak...hope awk fhm keadaan sy sekarang...

lepas kejadian tu die hilang n diam kn diri smpai sekarng...aku dh call die bnyk kali tp tak prnh nk dpt..beratus msj aku hntar 1 pn die tak balas...aku tak th pe yg dah jd kt die sekarang...semue keje aku tak jalan..final projek aku tak siap...exam aku jwb merapu...sbb aku bnyk fikir psal die...hope aku dpt jumpe die balik walaupn skejap...

_pensel_